Tuesday, April 1, 2014

Sejarah SK Kubang Kerian (3)


SEJARAH SK KUBANG KERIAN (3), KOTA BHARU

Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 (SKKK3)  telah ditubuhkan pada 1 september 1993. SKKK3 adalah pecahan daripada Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1. Pembinaan sekolah ini bermula pada 26 April 1993 dan siap pada 25 Disember 1994.
       Pada masa sekarang SKKK3 mempunyai 5 blok termasuk sebuah surau, makmal komputer, prasekolah, kelas Disleksia dan PSS.
       Lokasi SKKK3 adalah terletak berhadapan dengan Hospital Universiti Sains Malaysia, Jalan Raja Pewrempuan Zainab 2, 16150 Kota Bharu.
       Pada asalnya, murid yang mendaftar di SKKK3 adalah seramai 514 orang yang terdiri daripada 279 murid lelaki dan 235 murid perempuan manakala gurunya seramai 28 orang sahaja. Sekarang, jumlah keramaian murid 1367 orang dan bilangan guru pula seramai 106 orang.
       PSS sekolah ini terletak di aras bawah blok A. Ia mempunyai 3 unit utama iaitu Bilik Pustaka (Perpustakaan), Bilik Tayang (APD) dan Bilik Bahan Bantu Mengajar. Keluasan PSS adalah mengikut pelan standard sebuah PSS.