Thursday, April 10, 2014

Program Buku Dalam Bakul



OBJEKTIF:
  • Menarik minat membaca semua murid skkk3
  • Memberi peluang murid-murid menambah bilangan buku bacaan terutama untuk catatan nilam.
  • Melancarkan aktiviti nilam.
  • Memberi peluang murid-murid menambah ilmu pengetahuan.
  • Mengisi masa lapang sebelum atau selepas tamat P&P.

 SASARAN:
  • SEMUA MURID TAHUN 2 HINGGA TAHUN 6

JUMLAH BUKU SETIAP KELAS:
  • 50 buah buku setiap kelas
  • Buku akan ditukar sekali dalam sebulan oleh pengawas PSS yang telah ditugaskan.

PERATURAN PENGGUNA (UNTUK MURID):
  • Baca buku pada waktu lapang di dalam kelas.
  • Digunakan untuk mengisi buku nilam.
  • Buku mestilah dalam keadaan baik.
  • Jangan rosakkan atau menconteng buku.
  • Tidak dibenarkan membawa buku keluar dari kelas kecuali atas arahan guru atau pengawas Pusat Sumber.
  • Setelah selesai membaca, buku mestilah diletakkan kembali ke dalam bakul dalam keadaan tersusun.
  • Setiap bulan, buku akan ditukarkan oleh pengawas pusat sumber.




Download fail lengkap