Selamat datang ke laman web Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3, Kota Bahru, Kelantan .Laman ini adalah satu laman yang dapat memberikan maklumat yang terkini menegenai Pusat Sumber Sekolah. Di samping itu juga, laman web ini juga dapat membantu para pelajar melihat aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah
Monday, February 24, 2014
Saturday, February 22, 2014
Apakah dasar Pusat Sumber Sekolah?
Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
Strategi Pelaksanaan Dasar PSS adalah seperti berikut:
- Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
- Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini.
- Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.
- Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
- Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
Friday, February 21, 2014
Apakah itu Pusat Sumber Sekolah?
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)